Zainal Abidin (album 1991)

Zainal Abidin[2] (digayakan sebagai ZAINAL abidin) ialah album studio pertama oleh Zainal Abidin yang dilancarkan pada 1991.[1][3] Melalui album pertamanya ini Zainal mengetengahkan konsep world music dan popular dengan lagu yang hits Hijau,[1] Ikhlas Tapi Jauh dan Manis. Album ini diterbitkan oleh Roslan Aziz menerusi Roslan Aziz Productions (RAP) dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Zainal merakamkan album solo pertamanya ini selepas beliau meninggalkan kumpulan Headwind.[1]